cerita thesis saya
TAHAP KESIHATAN MENTAL DAN KUALITI HIDUP PENJAGA PESAKIT PENGLIHATAN TERHAD.
sebenarnya dulu pernah bercita-cita nak jadi psikiatri. rasa mcm cool je sebab psikiatri mcm bleh selesai kan masalah jiwa kacau semua kan. hahaha.
tapi tak tau mcm mana nak realisasikan impian.. dan masa mohon upu. mintak optometri. lupakan cita2 psikiatri. kikiki.
dan masa tahun akhir, dapat pulak tajuk pasal kesihatan mental. haaa.nampak tak kat situ? bleh lah jgk realisasikan impian sikit. hihi.
mula2 tak terpikir pon nk dapat tajuk nie.
ada tiga tajuk pilihan
1.STANDARD PENGLIHATAN KADET DI UPNM. (cmtu lah lebih kurang tajuknya)
2.KAJIAN FILE (PROFIL WARGA EMAS. penyebab masalah penglihatan etc.)
3. tajuk aku tu haaa
mula mula aim nak num 2. sebab fikir senang. tak perlu fikir responden. amek je file kat klinik. tapiiiii setelah mengundi. dapat pulak tajuk kesihatan mental nie haaa. takpelah.kononya nak realisasikan impian yang terkubur dulu.
tapi nyata psikiatri bukan untukku. oh.tak kena dengan jiwaku lah. =.=
stress. mungkin sebab buat thesis memg tak menyeronokkan kot.
buat proposal pon dah stress abes.
start data collection pon semester 2. memg kelam kabut.
macam2 masalah timbul bile wat thesis nie
yang paling tak best bila encik laptop buat hal.
sedih oii. dengan paksa rela join program sebab nk beli laptop.
dah berjaya beli laptop.guna dengan bahagianya..sempatlah buat analyze data semua dgn laptop baru.
pada mlm kejadian tengah buat thesis hasil kajian ngan presentation thesis.
disebabkan ngantuk sangat,lupa nak save kat dropbox. esoknya. on laptop tapiiiiii gelap jeee laptopnyaaaa. tape2.sabar dlu..cuba on lagi. dannnnn tak berjaya. =.= sedih.serius. laptop memg berdendam ngan aku ke ape. ade je masalahnye. masa nak buat thesis itulah dia nk buat hal. sobss.
tapi naseb baik hari sebelumnya aku ada bagi hasil report aku kt huang sebab huang nak tengok cmne nak buat. Alhamdulillah. kita tolong orang.orang akan tolong kita balik. aku dapat balik hasil kajian aku tu dari huang. :) cuma presentation je yang kena start buat dari awal.
thesis aku nie cara nk kumpul data mcm senang. thru phone je. tapiiiiiiii mencabar teramat nk kol responden. yela,kdang2 masa k0l tu dorang busy.ada jgk xminat nk jwb survey. pastu nk kena baca satu2 salan dlm survey yang agak banyakkkk tu. mencabar mental dan emosi jgk la.
rasa tak percaya pulak dah abes dah buat thesis semua. bila pegang thesis yang dah hard cover tu rasa mcm bangga pon ade.tak percaya pon ade. nie semua hasil stress,seronok, kecewa, airmata, bersekang mata semuaaa ada haa
nie semua hasil bantuan daripada supervisor tersayang PROF DR ROKIAH OMAR dan EN.MOHD HARIMI ABD RAHMAN.yang dah banyak tolong sepanjang buat thesis nie. sudi baca thesis yang teramat banyak correction nie.walaupun pening nak baca thesis yang banyak salah tu tapi sanggup betulkan lagi :)








0 comments:
Post a Comment